Khasiat dan kebaikan jus buah-buahan


Meh nak share khasiat/kebaikan Jus Carrot dan Apple
  • Sangat kaya dengan nutrien Vitamin A dan betacarotine yang ada pada carrot.
  • Sumber baik Vitamin C dari apple hijau mengelakkan kanser mulut dan perut.
  • Senang diserap oleh badan
  • Carrot boleh membersih hati, darah dan sistem dalaman. Boleh membantu siapa yang ada penyakit alergik dan juga kanser.
  • Kajian di University Newcastle menunjukkan 'poly-acetylene anti-oxidant falcarinol' dalam carrot memusnahkan sel-sel awal kanser
  • Apple hijau pula membantu membersihkan paru-paru. Penghisap rokok, silalah makan apple hijau banyak-banyak, sebanyak mana anda menghisap rokok.
  • Carrot menguatkan sistem imunisasi badan kita
  • Menjaga tisu-tisu dalaman badan
  • Menguatkan daya penglihatan
  • Siapa yang ada penyakit dalam kolon, amalkan minum juice carrot
  • Mengurangkan berat badan. Sebab, kandungan kalori dalam carrot dan apple tinggi, maka anda tak akan rasa lapar. Bila tak lapar, anda tak perlu makan. Bila tak makan, maka anda tak gemuk. hehe (pada sesiapa yang kata saya kuat makan tapi tak gemuk, ini rahsia dia kot??)
  • Of course mencantikkan complexion kulit secara semulajadi dengan vitamin yang tinggi. Membuatkan kulit lebih cerah. Benda semulajadi senang diserap badan. Maka, nutrien yang baik akan stay, toksin yang tak baik, akan disingkir keluar. Bila dalam badan bersih, akan terserlah di luar








Khasiat Jus Pisang
  • Pisang mengandungi cukup banyak mineral seperti kalium, magnesium, foforus, besi dan kaya vitamin C, B, B kompleks dan serotonin sebagai neutrotransmitter yang berfungsi dalam kelancaran fungsi otak.
  • Pisang mengandungi karbohidrat sebagai sumber tenaga segera. 
  • Pisang juga dapat menenangkan fikiran, membuat kita lebih rileks dan mengembalikan mood kita.
  • Mudah dicerna. Elok untuk mereka yang selalu sembelit hehe
  • Sukrosa, fruktosa dan glukosa dalam pisang membantu aktiviti otak. 
  • Kekurangan pisang : rendah protein. Oleh itu saya minum Jus Pisang+Epal untuk kandungan vitamin dan protein seimbang. 
  • Pisang membantu pesakit anemia iaitu kurang darah merah kerana zat besi dalam pisang bergiat mengatur hemoglobin. Makan 2 biji sehari untuk pesakit anemia yer.
  •  Ibu hamil pun boleh makan pisang kerana kandungan folat dalam pisang diserap oleh  baby. Tapi jangan makan banyak-banyak.


10 Kelebihan Lobak





Jom amalkan makan lobak dalam pemakanan harian kita. terdapat 10 perkara yang anda perlu tahu tentang kebaikan lobak:
Kulit: Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.





 Mata: Lobak adalah sumber yang kaya dengan Vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik.
Kanser: Lobak meningkatkan kuasa imuniti dan juga membantu untuk memerangi kanser.
Kolesterol: Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolesterol yang tidak baik daripada badan.
Otak: Lobak mempunyai lebih banyak kalori yang membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak.
Tekanan: Untuk melegakan dari tekanan, minum segelas jus lobak merah setiap hari.
Jantung Sihat: Lobak diperkayakan dengan Beta-karotena, Alfa-Karotena dan Lutein yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membersihkan Badan: Lobak mempunyai serat yang membantu untuk membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di dalam hati.
Antiseptik kuat: Sumber mengatakan herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. Mereka boleh digunakan pada luka mentah masak atau dicincang.
Anti-Penuaan: Beta-Karotena yang terdapat dalam lobak merah membantu melambatkan penuaan sel-sel di dalam badan.


Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Sihat




Kali ini aku nak jadi penasihat kesihatan dengan memberi tips untuk menurunkan berat badan lalu mencapai berat badan yang ideal. Seperti yang kita tahu, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda
  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.




 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS