Khasiat dan kebaikan jus buah-buahan


Meh nak share khasiat/kebaikan Jus Carrot dan Apple
  • Sangat kaya dengan nutrien Vitamin A dan betacarotine yang ada pada carrot.
  • Sumber baik Vitamin C dari apple hijau mengelakkan kanser mulut dan perut.
  • Senang diserap oleh badan
  • Carrot boleh membersih hati, darah dan sistem dalaman. Boleh membantu siapa yang ada penyakit alergik dan juga kanser.
  • Kajian di University Newcastle menunjukkan 'poly-acetylene anti-oxidant falcarinol' dalam carrot memusnahkan sel-sel awal kanser
  • Apple hijau pula membantu membersihkan paru-paru. Penghisap rokok, silalah makan apple hijau banyak-banyak, sebanyak mana anda menghisap rokok.
  • Carrot menguatkan sistem imunisasi badan kita
  • Menjaga tisu-tisu dalaman badan
  • Menguatkan daya penglihatan
  • Siapa yang ada penyakit dalam kolon, amalkan minum juice carrot
  • Mengurangkan berat badan. Sebab, kandungan kalori dalam carrot dan apple tinggi, maka anda tak akan rasa lapar. Bila tak lapar, anda tak perlu makan. Bila tak makan, maka anda tak gemuk. hehe (pada sesiapa yang kata saya kuat makan tapi tak gemuk, ini rahsia dia kot??)
  • Of course mencantikkan complexion kulit secara semulajadi dengan vitamin yang tinggi. Membuatkan kulit lebih cerah. Benda semulajadi senang diserap badan. Maka, nutrien yang baik akan stay, toksin yang tak baik, akan disingkir keluar. Bila dalam badan bersih, akan terserlah di luar








Khasiat Jus Pisang
  • Pisang mengandungi cukup banyak mineral seperti kalium, magnesium, foforus, besi dan kaya vitamin C, B, B kompleks dan serotonin sebagai neutrotransmitter yang berfungsi dalam kelancaran fungsi otak.
  • Pisang mengandungi karbohidrat sebagai sumber tenaga segera. 
  • Pisang juga dapat menenangkan fikiran, membuat kita lebih rileks dan mengembalikan mood kita.
  • Mudah dicerna. Elok untuk mereka yang selalu sembelit hehe
  • Sukrosa, fruktosa dan glukosa dalam pisang membantu aktiviti otak. 
  • Kekurangan pisang : rendah protein. Oleh itu saya minum Jus Pisang+Epal untuk kandungan vitamin dan protein seimbang. 
  • Pisang membantu pesakit anemia iaitu kurang darah merah kerana zat besi dalam pisang bergiat mengatur hemoglobin. Makan 2 biji sehari untuk pesakit anemia yer.
  •  Ibu hamil pun boleh makan pisang kerana kandungan folat dalam pisang diserap oleh  baby. Tapi jangan makan banyak-banyak.


No comments:

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS